La Usurpadora
La Usurpadora

La Usurpadora

La Usurpadora (Penyamar) merupakan salah satu telenovela romantis dari Mexico yang diterbitkan oleh Salvador Mejia Alejandre dan mendapat sambutan yang hangat di seluruh dunia malah mengalahkan drama TV terbitan Hollywood di Amerika Syarikat. Telenovela ini diterbitkan dan disiarkan di XEW-TV, salah satu saluran televisyen bernaung dibawah Televisa, pada tahun 1998 dan menaikkan nama Gabriela Spanic sebaris dengan pelakon Mexico yang lain termasuk bintang drama TV Mexico Maria Mercedes iaitu Thalia.Drama bersiri televisyen ini dikenalpasti adalah drama terakhir dilakonkan oleh Libertad Lamarque, salah seorang pelakon Amerika Latin terkenal, yang menjadi watak sebagai nenek Abuela Piedad Bracho, sebelum berlakon hanya satu episod dalam Carita de ángel, dan kini beliau telah meninggal dunia.